Thursday, September 1, 2011

Kelebihan Sujud


Hari ini saya ini berkongsi satu artikel berkenaan sujud dari blog Titipan Kalbu. Sujud mempunyai banyak kelebihannya yang mungkin kita sedar atau tidak. Hal ini membuktikan bahawa tiada suatu kerugian pun bagi orang Islam yang mengerjakan suruhanNya. Rugilah bagi sesiapa yang jauh dari mengerjakan suruhanNya.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. 

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

dan sabda Rasulullah lagi,

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya dihari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? "

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"

Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu"


KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah  menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud" 

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 
  • melegakan sakit hernia. (burut) 
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan. 
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 
  • meringankan bahagian pelvis. 
  • memberi dorongan supaya mudah tidur. 
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. 
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 
  • mengurangkan kegemukan. 
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). 
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. 

Wallahualam bissawab
Semoga entri ini dapat memberi kita lebih semangat melakukan ibadah solat demi mendapat redha Ilahi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhamad s.a.w dan Segala yang baik datang dari Allah s.w.t semata-mata.

'Ilmu itu milik Allah s.w.t, barangsiapa menyebarkan Ilmu demi kebaikan, Insya Allah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya."

Mudah-mudahan kita semua menjadi umat yang cemerlang didunia dan akhirat. amin.

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

 
Design by Budak Redha Themes | Blogger by Budak Redha - Premium Blogger Themes | Budak Redha