Tuesday, November 1, 2011

Amal yang dipamerkan dan Amal yang disembunyikan

salam sababat semua, ini adalah artikel pertama saya disini, terima kasih kepada owner blog kerana menjemput saya untuk sama-sama berkongsi pandangan dan nasihat disini..semoga segala nasihat yang bakal saya kongsikan akan berjaya saya laksanakan sendiri..jika ada kekurangan , tegurlah dengan teguran yang baik..

perkongsian kali ini adalah mengenai amal..ada masanya elok ditunjukkan dan ada masanya eloklah dirasiakan...

amalan adalah segala perbuatan yang kita lakukan,ada yang baik dan ada yang buruk..semua itu tergantung kepada apa yang telah termaktub dalam ajaran Al-quran dan sunnah Rasul..

tapi persoalannya , adakah baik kita menonjolkan amal baik  atau perlu kita rasiakan sahaja..bagi saya semua itu terpulang dan kita harus pandai sesuaikan ikut situasi hati dan keadaan..

ada amal yang perlu ditonjolkan sebagai contoh kepada orang lain..contohnya seperti akhlak yang baik..kita tidak ada jalan lain selain berakhlak baik apabila berhadapan dengan orang lain, kerana akhlak yang buruk adalah dilaknat oleh Allah...

ada amal pula elok dirahsiakan supaya membantu kita untuk ikhlas..contohnya sedekah..kalau dengan menonjolkan sedekah itu akan menyebabkan kita riak, ujub dan takbur, maka lebih elok kita rasiakan..kerana amalan yang dilakukan dalam keadaan riak adalah sia-sia dan berdosa..

semuanya bergantung kepada keadaan dan situasi hati..jadi sebelum kita lakukan sesuatu, kita nilai hati kita sendiri...hanya kita yang lebih tahu tentang hati kita..insyaAllah, semoga pesanan ringkas ini bermanfaat

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

 
Design by Budak Redha Themes | Blogger by Budak Redha - Premium Blogger Themes | Budak Redha