3 Pemusnah, 3 Penyelamat, 3 Penghapus Dosa, 3 Peninggi Darjat
Perkara pertama; al-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.
Perkara kedua; al-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.
Baginda bersabda; “Tiga perkara yang memusnahkan, tiga perkara yang menyelamatkan, tiga perkara yang menghapuskan dosa dan tiga perkara yang mengangkat martabat…”.
Nabi Muhammad s.a.w. melanjutkan sabdanya; “Ada pun tiga perkara yang memusnahkan ialah;
Pertama; Sifat bakhil yang ditaati.
Kedua; Hawa nafsu yang dipatuhi
Ketiga; Seorang itu berasa takjub dengan diri sendiri…“.
Nabi Muhammad melanjutkan lagi sabdanya; “Adapun tiga perkara yang menyelamatkan ialah;
Pertama; Bersederhana ketika miskin dan ketika kaya.
Kedua; Berlaku adil ketika suka dan ketika marah.
Ketiga; Takut kepada Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai…”.
Pertama; melangkahkan kaki untuk menunaikan solat berjamaah.
Kedua; menyempurnakan wudhuk sekalipun pada musim sejuk.
Ketiga; menunggu solat selepas solat”.
Untuk pesanan terkahir, Nabi s.a.w. berkata; “Adapun tiga perkara yang mengangkat darjat ialah;
Pertama; bangun menunaikan solat malam pada saat orang lain sedang nyenyak tidur.
Kedua; memberi salam
Ketiga; memberi makan orang lain”.
Orang-orang Islam yang taat kebanyakan mereka hanya mampu menjaga solat lima waktu. Jika ada ibadah sunat yang dilakukan kebanyakannnya di siang hari. Amat jarang yang sanggup bangun beribadah di malam hari walaupun besar fadhilatnya. Oleh itu, jika kita mampu bangun di malam hari pada masa orang lain semuanya sedang nyenyak tidur, maka darjat kita di sisi Allah lebih dari orang lain dengan syarat kita menjaga keikhlasan dalam hati kita.
Nota kaki;
Kredit kepada : Ustaz Ahmad Adnan Fadzi
Nabi Muhammad s.a.w. adalah guru yang sejati. Baginda bukan hanya
menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik dan mentarbiah. Keutamaan
baginya ialah umatnya. Beliau menghendaki supaya umatnya akan menjadi
umat yang diredhai Allah, berjaya di dunia dan di akhirat dan berada di
barisan hadapan dari umat-umat lain di padang mahsyar. Guru
yang sejati tidak akan pernah putus asa menasihati murid-muridnya.
Begitulah Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak jemu menasihati umatnya.
Tidak ada yang memberi manfaat kepada umatnya melainkan telah
diceritanya dan tidak ada yang merugikan mereka melainkan baginda telah
melarangnya.
Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;
Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;
Perkara pertama; al-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.
Perkara kedua; al-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.
Baginda bersabda; “Tiga perkara yang memusnahkan, tiga perkara yang menyelamatkan, tiga perkara yang menghapuskan dosa dan tiga perkara yang mengangkat martabat…”.
Sememangnya engkau Ya Rasulullah s.a.w. seorang pendidik. Engkau
mendidik kami –umatmu- agar selamat dan tidak musnah. Malah engkau
menghendaki agar kami dihapuskan dosa dan diangkat darjat oleh Allah.
Selamat dan sejahtera dari Allah untuk engkau, wahai Nabiyallah.
Allahumma Shalli Wa Sallim ‘Ala Muhammadin Wa Ali Muhammadin.
Nabi Muhammad s.a.w. melanjutkan sabdanya; “Ada pun tiga perkara yang memusnahkan ialah;
Pertama; Sifat bakhil yang ditaati.
Kedua; Hawa nafsu yang dipatuhi
Ketiga; Seorang itu berasa takjub dengan diri sendiri…“.
Sifat bakhil memang telah sedia ada dalam diri manusia. Semua kita
memiliki sifat bakhil. Kerana itu kita sayangkan harta-benda kita dan
kita tidak suka hak kita diganggu. Tidak ada salahnya pada semata-mata
sifat bakhil. Yang salah ialah apabila sifat itu dipertuhankan, iaitu
kita mentaati sifat bakhil yang ada dalam diri kita hingga kita enggan
mengeluarkan zakat, apatahlahi untuk bersedekah. Jika itu yang menjadi
sikap kita, maka kemusnahan sedang menunggu kita.
Hawa nafsu juga sama. Manusia dilahirkan dengan pelbagai nafsu yang
melingkari dirinya; nafsu makan, nafsu hiburan, nafsu seks dan
sebagainya. Tanpa nafsu, manusia tidak akan dapat hidup. Tanpa nafsu
juga manusia tidak akan beranak-pinak. Kehidupan manusia berbeza dengan
malaikat yang tidak memiliki nafsu. Kerana itu, sekali lagi tidak ada
salahnya pada nafsu. Yang salah ialah apabila nafsu itu dipertuhankan.
Tanda orang yang mempertuhankan nafsu ialah; segala yang ia lakukan
dalam hidupnya diukur berdasarkan suara nafsu. Ia tidak menghiraukan
pandangan agama, halal-haram dan keredhaan Allah. Yang penting baginya
ialah adakah nafsunya puas atau tidak. Orang begini mengikut kata Nabi
dalam hadis tadi ia akan musnah.
Takjub dengan diri sendiri adalah sifat Iblis, Fir’aun dan juga
Qarun. Iblis tatkala disuruh oleh Allah untuk sujud –menghormati- Adam,
ia berkata kepada Allah; “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai
Tuhan) jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah” (Surah
al-A’raf, ayat 12). Fir’aun mengaku diri sebagai Tuhan. Ia berkata
kepada kaumnya –sebagaimana direkodkan oleh al-Quran-; “Akulah Tuhan
kamu yang tertinggi” (Surah an-Nazi’at, ayat 24). Qarun pula takjub
dengan kekayaannya. Ia berkata; “Aku diberikan harta kekayaan ini kerana
ilmu dan kepandaian yang ada padaku” (Surah al-Qasas, ayat 78). Apa
kesudahan mereka? Iblis dilaknat oleh Allah hingga kiamat dan akan
menjadi makhluk pertama jatuh ke dalam neraka. Fir’aun ditenggelamkan
oleh laut bersama bala tenteranya yang besar. Nasib Qarun pula
diceritakan Allah; “Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama rumahnya di
dalam tanah, maka tidaklah ia menemui sebarang golongan yang boleh
menolongnya dari azab Allah dan tidak pula dia tidak dapat menolong
dirinya sendiri” (Surah al-Qasas, ayat 81). Begitulah pengakhiran
golongan yang takjub dengan diri sendiri.
Pertama; Bersederhana ketika miskin dan ketika kaya.
Kedua; Berlaku adil ketika suka dan ketika marah.
Ketiga; Takut kepada Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai…”.
Ramai orang mampu bersederhana semasa ia miskin atau kurang berada.
Namun apabila kaya atau diberi rezki lebih, sifat sederhana itu hilang
dan ia berubah menjadi pemboros. Begitu juga, ramai orang yang mampu
bersikap adil apabila moodnya baik atau apabila ia suka kepada
seseorang. Namun apabila ia marah atau berhadapan dengan orang yang
tidak disukainya, ia sudah tidak dapat berlaku adil lagi. Untuk menempuh
hidup yang selamat, kita hendaklah menjiwai sifat sederhana dan sifat
adil dalam diri tanpa mengira masa, ketika dan suasana. Sama juga dengan
perasaan takut kepada Allah. Perasaan itu hendaklah ada dalam jiwa kita
setiap masa tanpa mengira di mana kita berada sama ada bersendirian
atau bersama orang lain. Dalam pesanan yang lain, Nabi s.a.w. berkata;
“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada”.
Seterusnya, bagi tiga perkara yang menghapus dosa, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; “Adapun tiga perkara yang menghapuskan dosa;
Kedua; menyempurnakan wudhuk sekalipun pada musim sejuk.
Ketiga; menunggu solat selepas solat”.
Nabi s.a.w. amat menggalakkan umatnya untuk mengerjakan solat secara
berjamaah. Baginda menerangkan fadhilatnya; “Solat secara berjamaah
lebih baik dari solat seorang diri dengan 27 tujuh darjat”.
Apabila kita berjalan ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah,
setiap langkahan tapak kaki kita akan menghapuskan satu dosa kita.
Bayangkan berapa banyak langkahan yang kita lakukan setiap hari tatkala
kita berulang-alik lima kali sehari semalam dari rumah ke masjid dan
bayangkan juga betapa banyak dosa kita yang telah terhapus. Nabi s.a.w.
bersaksi; “Jika kamu melihat seorang itu suka berulang-alik ke masjid,
bersaksilah bahawa ia adalah orang yang benar beriman”.
Mengambil wudhuk adalah syarat sah solat. Menyempurnakan wudhuk
adalah langkah awal untuk penyempurnaan solat. Biasanya orang yang
sentiasa mengambil wudhuk dengan sempurna, solatnya juga akan dilakukan
dengan sempurna. Orang yang memgambil wudhuk culang-caling, selalunya
solatnya juga culang-caling. Satu hari Nabi s.a.w. pernah menawarkan
kepada sahabat-sahabatnya; “Mahukah kamu aku tunjukkan amalan-amalan
yang dengannya Allah akan menghapuskkan dosa-dosa dan mengangkat
darjat-darjat kamu?”. “Sudah tentu, wahai utusan Allah”, jawab mereka.
Nabi s.a.w. lalu bersabda; “Menyempurnakan wudhuk pada ketika-ketika
payah, banyak melangkah kaki ke masjid dan menunggu solat selepas solat.
Semua itu adalah ribat (baginda mengulangi tiga kali)”.
Menunggu solat maksudnya ialah menunggu masuk waktu solat untuk
mengerjakannya. Ia boleh difahami dengan maksud perbuatan iaitu menunggu
di masjid (yakni beriktikaf) hinggalah masuknya waktu solat dan boleh
juga difahami secara perasaan hati iaitu hati yang sentiasa teringat
untuk mengerjakan solat dan mengambil berat tentang solat.
Pertama; bangun menunaikan solat malam pada saat orang lain sedang nyenyak tidur.
Kedua; memberi salam
Ketiga; memberi makan orang lain”.
Orang-orang Islam yang taat kebanyakan mereka hanya mampu menjaga solat lima waktu. Jika ada ibadah sunat yang dilakukan kebanyakannnya di siang hari. Amat jarang yang sanggup bangun beribadah di malam hari walaupun besar fadhilatnya. Oleh itu, jika kita mampu bangun di malam hari pada masa orang lain semuanya sedang nyenyak tidur, maka darjat kita di sisi Allah lebih dari orang lain dengan syarat kita menjaga keikhlasan dalam hati kita.
Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun dari
segi kelebihan, darjat orang yang memberi salam lebih tinggi dari orang
yang menjawab salam kerana ia lebih dahulu mendoakan kesejahteraan orang
lain di samping dia juga memperolehi pahala mengajak orang kepada
kebaikan (yakni menghidupkan sunnah memberi salam). Begitu juga memberi
makan orang lain sama ada orang miskin, anak-anak yatim atau keluarga
dan sahabat-handai (untuk mengeratkan silaturrahim). Kebanyakan manusia
hanya berfikir untuk memberi makan keluarga dan diri sendiri. Namun jika
kita berfikir untuk memberi makan orang lain sama –di samping keluarga
dan diri sendiri- maka itu adalah kelebihan kita berbanding kebanyakan
orang.
Demikianlah 12 pesanan Nabi s.a.w. yang terangkum di dalam empat
kumpulan nasihat yang cukup bermakna dan bernilai bagi hidup kita;
nasihat untuk mengelak kemusnahan, nasihat untuk mendapat keselamatan,
nasihat untuk dihapuskan dosa dan nasihat untuk memperolehi darjat yang
tinggi. Hadis yang memuatkan pesanan-pesanan ini diriwayatkan oleh Imam
at-Thabrani r.a. dari Abdullah bin ‘Umar r.a. (anak lelaki sahabat
besar ‘Umar bin al-Khattab r.a.). Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani;
hadis ini adalah hasan.
Nota kaki;
- HR Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a. dan Mu’az bin Jabar r.a..
- HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar r.a..
- HR Imam Ahmad dan at-Tirmizi dari Abi Sa’id r.a.. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 634, Soheh.
- HR Imam Malik, Muslim, Tirmizi dan Nasai dari Abu Hurairah r.a.. Ribat bermaksud; mengikat diri di jalan Allah. Maksud hadis ialah; orang yang sentiasa berada dalam toharah dan ibadah menyamai orang yang berada di jalan Allah. (Fiqhus-Sunnah, jil. 1, hlm. 28, kitab al-Wudhu’).
- Lihat syarah Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 965 dan 634.
- Lihat; Soheh Wa Dhaif al-Jami’ as-Saghier, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hadis no. 5356.
Kredit kepada : Ustaz Ahmad Adnan Fadzi
0 comments:
Post a Comment