Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam
selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq (sebelum masuk waktu
subuh), lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang
terakhir. Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan
ramadan sahaja.
Sembahyang Witir ini merupakan salah satu sembahyang
sunat muakkad yang amat digalakkan melakukannya. Rasulullah saw sentiasa
melakukan sembahyang ini dengan sembahyang sunat Fajar, baik ketika baginda
didalam kota (bermukim) ataupun ketika didalam musafir. Bahkan ada riwayat
yang mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan sembahyang
Witir walaupun sekali.
Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari
daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada
dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.” - HR at-Thabran
“Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan
dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak
mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa
yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!” - HR Ahmad dan Abu Daud
Rasulullah saw sering mengerjakan sembahyang
sunat Witir ini sebanyak sebelas raka'at, dan ada juga yang meriwayatkan
bahawa Rasullah saw mengerjakan sebanyak lima raka'at satu salam.Bahkan
ada yang meriwayatkan yamg Rasulullah saw hanya mengerjakannya sebanyak
satu raka'at. Memandangkan ini maka sembahyang Witir ini boleh dilakukan
paling sedikit stu raka'at, kemudiannya tiga,lima sehinggalah yang paling
afdhal sebelas rakaat. Kalau dilakukan tiga raka'at dan keatas, maka tiga
raka'at yang terakhir boleh dilakukan dengan sekali salam, atau dua salam.
Sabda Rasulullah s.a.w
“Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu
solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang
terbaik. Iaitulah Solat Witir.” - HR Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Berdasarkan mazhab As-Syafie boleh buat 2 kali witir dalam satu malam.
Mazhab lain tidak boleh berdasarkan satu hadis yang mengatakan fardhu
tidak boleh lebih dari 2 kali. Pada permulaan Islam dibenarkan solat
fardhu berulang kali sekiranya solat yang kedua lebih baik dari solat
yang pertama (contoh jemaah lebih ramai). Akhirnya Rasulullah larang
solat fardhu 2 kali.
''Tidak ada dua witir dalam satu malam" - HR Abu Dawud,Nasa'i,Tirmizi
Cara-cara Melakukan Solat Sunat Witir
Bilangan rakaatnya ialah ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.
Biasanya dilaksanakan secara berjemaah juga boleh secara bersendirian.
Niatnya : Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala
- Bacaan selepas Fatihah
- Raka'at pertama: Surah Al-A'laa
- Raka'at kedua: Surah Al-Kafiruun
- Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
"Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
- Baca Al-Fatihah dan selepas itu baca surah Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq.
- Perbanyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar Allah ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
Harus dibaca mana-mana ayat al-Qur'an selepas bacaan al-Fatihah pada
solat witir. Berkata Saidina Ali r.a.: “Tidak ada satu ayat pun daripada
al-Qur'an yang mesti ditinggalkan (bacaannya), maka berwitirlah kamu
dengan apa sahaja (ayat suci) yang kamu mahu”. Dan disunatkan bagi yang
mengerjakannya tiga rakaat membaca surah al-A'la pada rakaat yang
pertama, surah al-Kafirun pada rakaat yang kedua. Manakala dalam rakaat
yang ketiga dihimpunkan antara surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.
Ini kerana terdapat hadis daripada Aisyah r.a. menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah berbuat demikian.
“Rasulullah di dalam solat witir membaca Surah Al-A’la pada rakaat pertama, Surah Al-Kafirun pada rakaat kedua, sedang dalam rakaat ketiga baginda membaca Surah Al-Ikhlas serta dua surah Muawwadzah iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas.”- HR Ahmad, Abu Daud & Tirmizi.
Zikir Selepas Solat Witir
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada
kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka
segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."
Kelebihan Solat Sunat Witir
- Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Allah SWT telah pun menganugerahkan kamu dengan satu solat yang mana ia adalah lebih baik daripada unta merah, iaitu solat witir." (Abu Daud).
- Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Allah itu witir (Esa), Dia sukakan witir (bilangan ganjil), maka berwitirlah wahai ahli al-Qur'an." ( Abu Daud & Tirmizi).
- Sabda Nabi s.a.w.: “Jadikanlah sembahyang terakhir kamu pada malam hari ialah witir.n (Bukhari & Muslim)."
- Sabda Nabi s.a.w.: “Witir itu hak (yang dituntut) ke atas setiap muslim." (Abu Daud).
- Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
- Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain.
0 comments:
Post a Comment