Adapun tanda-tanda kematian
mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja
yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW
diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan
sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah
akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah
diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan
dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan
dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
Beliau wafat ketika ImamAhmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini
memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim
kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat
Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua
tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala
orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan
terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada
Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi
kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari
Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini
cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi
kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi
yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku
sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan
hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar
di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan
ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu
Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita
akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke
pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita
bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang
yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran
0 comments:
Post a Comment