Wednesday, August 17, 2011

18 tingkatan manusia di akhirat

18 tingkatan manusia di akhirat adalah realiti yang sememangnya akan berlaku nanti selepas hari kiamat, hari penghisaban dan saat-saat yang dinantikan iaitu pengadilan di Padang Mahsyar. Selepas itu, barulah manusia akan mengetahui pada tingkatan yang mana ia berada.
Dari tingkatan yang tertinggi
  1. Ulul’ Azmi
  2. Nabi dan Rasul
  3. Para Nabi yang tidak tercantum di dalam al-Quran
  4. Pewaris para Rasul dan pengganti mereka di kalangan umat masing-masing
  5. Para pemimpin yang adil
  6. Para pejuang (mujahidin) di jalan Allah
  7. Ahlul itsar. Iaitu manusia yang bermanfaat kepada manusia lain
  8. Orang-orang yang Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak.
  9. Ahlun Najat, iaitu golongan yang selamat.
  10. Orang-orang yang dikurniakan taubat sebelum kematiannya.
  11. Orang-orang yang kadangkala berbuat kebaikan dan kadangkala berbuat kemaksiatan.
  12. Orang-orang yang amal kebaikannya sama berat dengan amal kaburukannya.
  13. Orang-orang yang penuh dengan kemaksiatan dan ringan timbangan kebaikannya.
  14. Manusia yang tidak mempunyai keimanan dan tidak pula ketaatan. Tidak kemaksiatan dan tidak pula amal soleh.
Adapun tingkatan yang kekal di neraka adalah terdiri daripada:
  • Orang-orang munafik
  • Pemimpin –pemimpin kafir.
  • Orang-orang musyrik.
  • Golongan jin yang kafir.
18 tingkatan manusia di akhirat merupakan hasil ijtihad Imam Ibnu Qayyin al-Jauziah di dalam kitab beliau yang terkenal, “thabaqatul Mukallafin Wa Maratibuhum Fiel akhirah”.

Rujukan:
Kunci Mendapatkan syurga Dunia dan Akhirat: Dr Aidh Al-Qarni.

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

 
Design by Budak Redha Themes | Blogger by Budak Redha - Premium Blogger Themes | Budak Redha