Firman Allah s.w.t ..“Sesuatu
yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai
ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala
dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang
siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala
akhirat. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur,” ( Ali Imran : 145)
Wednesday, August 17, 2011
7 jenis Rupa Mayat dalam Kubur
11:03 PM
hamba Allah
No comments
Firman Allah s.w.t ..“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan
mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai
cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu
dikembalikan,” ( Al-Anbiya :35)
Mayat yang mukanya berpaling dari arah Kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan
perkara syirik kepada Allah s.w.t.Syirik merupakan dosa yang paling
besar dalam Islam dimana si pelakunya akan kekal dalam Neraka untuk
selama-lamanya.
Mayat yang mukanya berbentuk khinzir
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat 5 waktu,
tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat
dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhara kepada kedua ibu bapanya.
Mayat yang perutnya buncit dan meletup
Itulah mayat yang semasa hidupnyasuka makan harta yang haram. Contohnya, mencuri,merompak dan menlesapkan duit.
Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya
Itulah mayang yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka memakan riba.
Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
0 comments:
Post a Comment