Perang diantara orang Islam
dengan org kafir Kristian di kenali sebagai Perang Salib. Ianya
berlangsung begitu lama, kemenangan dan kekalahan berlaku silih berganti
pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang berhabis-habisan menentang
pihak musuh. Segala kekuatan dikerahkan kerana pada waktu itulah
kesempatan yang paling baik utk memperolehi syahid di medan perang.
Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada
setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam
menentang kafir kristian yg datang dari Eropah.
Salah seorang yang banyak
berjasa dalam perang Salib ini adalah sultan Nuruddin Zangki (Zenggi)
berketurunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Beliau diputerakan
dalam tahun 118 masehi dan meninggal dunia pada tahun 1174 masehi.
Seorang raja yang terkenal dengan takwa,warak dan adil. Disebabkan
keadilannya itu dia digelar Malikul Adil (Raja yang adil).
Mengikut sirah, Nuruddin pernah bermimpi
berjumpa Rasulullah dalam keadaan gembira. Penasihatnya memberi tafsir
ia mungkin bermakna perjuangan kaum muslimin dalam jihad akan berhasil.
Namun, pada satu hari Baginda tidak seperti biasa kerana kelihatan
risau dan seperti ada yang tidak kena. Ia berpunca daripada mimpi
Nuruddin beberapa hari sebelum itu yang agak menakutkan dan sukar
ditafsir.Dalam mimpinya, beliau bertemu Rasulullah dalam keadaan muram.
Baginda memegang tangannya sambil menunjukkan dua lelaki yang berada di
depannya dan bersabda: “Kenalilah aku dan bebaskan aku daripada dua
orang itu!”Nuruddin terbangun namun wajah Rasulullah dan dua lelaki itu
jelas sepertibukan mimpi.
Beliau yakin mimpi itu benar kerana
Rasulullah pernah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, sama
ertinya melihat aku di waktu sedar kerana syaitan tidak akan datang
menyerupai aku.”Dia berkata, “ini tentu ada yang tidak kena atau ada
sesuatu yang mengancam maruah umat Islam.”Mimpi itu datang lagi seperti
dulu. Nuruddin terkejut dan bangun berwuduk serta mendirikan solat
tahajud. Dia berzikir dan kemudian tertidur dalam duduk serta bermimpi
lagi buat kali ketiga.Katanya, “perkara ini serius dan tidak boleh aku
diamkan saja.” Selepas subuh, Nuruddin memanggil menteri kepercayaannya,
Jamaluddin Al-Mushly yang warak dan amanah serta menceritakan
mimpinya.Jamaluddin mendengar dengan serius. Kemudian dia berkata, “Ia
memang mimpi yang benar kerana syaitan tidak dapat menyerupai
Rasulullah.”Katanya, “mengikut pendapat saya, ada rancangan jahat orang
tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah dan Nabi tidak menyenanginya.
Tuanku diberi tugas untuk menggagalkannya.”Nuruddin berkata, “Pendapat
kamu betul. Sekarang ke mana dan bagaimana kita mahu mencari dua lelaki
yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?”Jamaluddin berkata, “Bagaimana jika
tuanku pergi ke Madinah terlebih dulu. Di sana tuanku berdoa di makam
Rasulullah mohon petunjuk Allah. Mudah-mudahan tersingkap rahsia mimpi
itu.”Persediaan segera disiapkan dan Sultan Nuruddin berangkat bersama
beberapa pegawainya ke Madinah. Namun, perasaan risau dan ngeri sentiasa
menghantuinya.
Akhirnya, rombongannya sampai ke Madinah.
Selepas bersuci, Nuruddin bersolat di masjid Quba dan menuju ke taman
Raudhah yang menjadi tempat jenazah Rasulullah bersemadi.Nuruddin
mengangkat tangan dan memohon Allah memperlihatkan rahsia mimpi itu
sebelum musuh melaksanakan niat jahat mereka. Dia begitu khusyuk hingga
air matanya mengalir tanpa disedari. Selepas berdoa, datang petunjuk
daripada Allah seolah-olah beliau sudah menemui tafsir mimpi itu. Beliau
memanggil gabenor dan memerintahkannya memanggil semua penduduk Madinah
dan sekitarnya berkumpul untuk bersalaman. Selepas berita itu
disebarkan, semua rakyat datang. Raja Nuruddin memandang rakyatnya
sebagai penghormatan dan pada masa sama, mencari wajah yang menjadi
buruannya.
Namun, wajah itu tidak kelihatan. Beliau
risau dan bertanya sekali lagi kepada pegawainya. Tiba-tiba seorang
berkata, “Betul tuanku, saya ingat masih ada dua kenamaan di Madinah
yang tidak hadir, mungkin mereka tidak tahu ketibaan tuanku ke
sini.”Raja Nuruddin berkata, “Di manakah mereka berada dan siapakah
mereka?” Orang itu berkata, “Mereka berdua adalah ahli tasauf dan hikmah
yang sangat warak dan banyak ibadatnya. Sesiapa saja yang pergi kepada
mereka akan menerima fatwa dan sedekah. Mereka juga dermawan dan banyak
membantu orang miskin dan fakir.” Raja Nuruddin tertarik dan ingin
bertemu keduanya. Tidak lama kemudian, mereka datang dengan kepala
tunduk dan tawaduk sementara mulut pula tidak henti berzikir kepada
Allah. Apabila kedua-duanya di depan Raja Nuruddin, beliau terperanjat
kerana itulah wajah yang muncul dalam mimpinya. Dia memandang mereka dan
hairan kerana tidak menemui sebarang kecurigaan.
Mereka begitu khusyuk dan tawaduk,
serbannya diikat mengikut sunnah Rasulullah dan adab mereka seperti
orang alim serta tutur kata pula penuh hikmah berasaskan al-Quran dan
hadis.Namun, mengapa Rasulullah minta dibebaskan dan apa dosa dilakukan
mereka? Raja Nuruddin hairan dan tidak tahu apa harus dibuat.Di
kediamannya, Raja Nuruddin bersolat dan berdoa meminta petunjuk lebih
jelas daripada Allah. Lalu datang menterinya, Jamaluddin dan berkata,
“Wahai tuanku, sudahkah tuan berjumpa dengan dua orang itu?”Katanya,
“Ya, sudah.
Mereka adalah jemputan terakhir dan beta
pasti itulah orang yang ditunjuk Rasulullah. Namun, beta tidak menemui
apa yang mencurigakan. Akhlak, gerak geri dan tutur kata menggambarkan
keperibadian Rasulullah.” Jamaluddin berkata, “Tuanku, ketahuilah
seseorang yang zahirnya baik dan mengikut cara Rasulullah, belum tentu
hatinya baik. Mungkin mereka berpura-pura supaya orang ramai tidak
curiga padahal dia adalah musuh yang jahat.”Raja Nuruddin berkata,
“Betul katamu kerana memang ramai orang kafir berpura-pura Islam
sedangkan tujuannya menghancurkan Islam dari dalam.”Jamaluddin berkata,
“Tuanku mesti membuat siasatan ke rumah orang itu secara sulit.” Mereka
berbincang cara untuk mendapatkan maklumat kedua lelaki itu.
Akhirnya mereka mendapat ilham iaitu
orang ramai dijemput ke rumah terbuka Raja Nuruddin. Kedua orang itu
diundang sebagai tetamu kehormat.Raja Nuruddin pergi ke rumah orang itu
dan memeriksa semua bahagian rumah, malangnya tidak berjumpa sebarang
yang mencurigakan. Almari mereka dipenuhi kitab agama, fekah dan tasauf
serta keadaan rumah menggambarkan mereka pewaris Nabi. Hati kecil raja
bertanya, “Apa lagi yang harus aku syak? Kenapa Rasulullah meminta
pertolongan supaya dibebaskan daripada mereka?”Ketika melangkah keluar,
datang ilham untuk melihat permaidani yang indah di sudut rumah. Beliau
kagum dan membelek permaidani itu, namun terlihat sekeping papan di
bawahnya.Raja Nuruddin curiga lalu mengangkat papan itu perlahan-lahan.
Di bawahnya, ada sebuah terowong bertangga. Dia meneliti arah terowong
itu dan terkejut kerana ia menuju ke arah kubur Rasulullah. Raja
Nuruddin segera mengeluarkan arahan menangkap kedua orang itu.
Dengan terbongkarnya rahsia itu, yakinlah
Raja Nuruddin pada mimpinya. Kedua-dua orang yang menyamar alim itu
adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah.Orang ramai datang
menyaksikan keadaan di rumah itu. Beberapa orang turun ke dalam terowong
yang panjang dan mendapati ia sudah terlalu hampir dengan jasad
Rasulullah.Orang ramai tidak sabar lalu memukul mereka dengan teruk
sebelum dibawa ke muka pengadilan. Di mahkamah, kedua-duanya berterus
terang sudah tinggal di Madinah lebih setahun sebagai ejen Yahudi untuk
mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya. Apabila jasad Rasulullah berada
di tangan mereka, dengan mudah mereka dapat merendahkan martabat kekasih
Allah dan menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah berasa tertipu dan
akhirnya kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman mati. Raja Nuruddin
bersyukur kerana tugas itu berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah
dan pertolongan-Nya. Beliau memerintahkan keempat penjuru kubur dipagar
dengan konkrit hingga ke bawah tanah untuk mengelakkannya terjadi lagi.
Sebelum berlepas dari Madinah, beliau bermimpi bertemu Rasulullah. Kali
ini, baginda merangkul leher beliau.
Makam Rasulullah s.a.w |
Apabila tiba masa meninggalkan Madinah,
beliau memberi taklimat akhir kepada penduduk akan kejahatan dan dendam
Yahudi terhadap Islam. Beliau kembali ke Mosul diiringi doa dan air mata
rakyat. Hari ini, Yahudi sudah berjaya menghancurkan perpaduan Islam.
Mereka berjaya melagakan sesama Islam. Semoga kita semua mendapat
kesedaran untuk menegakkan kembali Islam yang agung.
0 comments:
Post a Comment