Monday, August 15, 2011

Sebab-sebab Doa Ditolak

Ibrahim Adham pernah ditanya, “Apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan, sedangkan Allah  telah menjanjikan bahawa orang yang berdoa akan diperkenankan-Nya?”


Jawab Ibrahim Adham, “sebab hati kamu telah mati!”


Mereka terkejut mendengar jawapan Ibrahim tadi, lantas bertanya lagi, “apa yang menyebabkan hati mati?”


Kerana lapan perkara
  • Kamu mengetahui hak Allah tapi kamu tidak melaksanakannya.
  • Membaca al-quran tetapi tidak mengamalkan isinya.
  • Kamu katakan kamu cintakan Rasulullah, tetapi tidak mengamalkan sunnahnya.
  • Kamu takut mati tapi tidak bersiap-siap menuju alam kubur.
  • Kamu mengatakan syaitan itu adalah musuh kamu, dan hendaklah kamu jadikan ia sebagai musuh, tetapi kamu masih lagi berbuat maksiat dengan mengikut pujukan syaitan.
  • Kamu katakana kamu takut api neraka tetapi kamu campakkan diri kamu kedalamnya.
  • Kamu bangkit dari tempat tidur, lalu kamu sembunyikan aib-aib kamu sedang aib-aib orang lain kamu bentangkan di hadapan kamu.kamu telah memusuhi Tuhan Pencipta kamu sendiri, maka bagaimana mungkin Dia memperkenankan doa kamu?


An-nur Furqan: Doa adalah Ibadah, Allah suka mendengar doa dari hamba-hamba-Nya, mengabulkan doa adalah hak Allah sebagai Tuhan, tapi sebelum tue, kita mestilah cuba untuk memenuhi Hak Allah dahulu, berbuat baik kepada Allah, berbuat baik kepada manusia..tu la antara tanggungjawab kita..semoga Allah membantu kita..Amin.

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

 
Design by Budak Redha Themes | Blogger by Budak Redha - Premium Blogger Themes | Budak Redha